Quotes of the Day;

Majority beats minority.

Showing posts with label Tragedi. Show all posts
Showing posts with label Tragedi. Show all posts

Friday, January 14, 2011

Muntah akibat Milo

Assalamualaikum,

Jenama Milo aku rasa dah lama bertapak dekat Malaysia ni. Dan kalau orang tak kenal Milo tu apa, memang sah baru datang dari ceruk. Kadang-kadang aku pelik jugak, kenapa kita panggil Milo tu Milo. Bukan nya air coklat. 

Iya lah. Kalau ikut logik, macam teh jugak. Kalau pergi lepak kedai mamak, kita tak cakap
“Mamak nak Boh tarik satu.”
atau
“Mamak, nak Lipton tarik satu.”
Tak, bukan? Kita akan cakap,
“Mamak. Nak teh tarik satu.”
Tapi kenapa bila sampai part air Milo kita akan cakap,
“Mamak, Milo ais satu!”
Kan?

Bagi aku, itu bukti Milo tu dah betul-betul sebati dalam mindset dan jiwa orang Malaysia ni. Malah, aku ada kenal sorang kawan yang kalau sehari tak minum air Milo tak sah. Dia kata, dia tak dapat bayangkan kalau hidup tanpa Milo. Sebungkus Milo kat rumah dia cuma bertahan seminggu je. Lihatlah penangan Milo pada hidup manusia. 

Bukan Milo je yang aku rasa betul-betul ada jenama kat negara ni. Maggi pun sama jugak. Kononnya lah korang pergi kedai mamak. Aku rasa glamour kedai-kedai mamak di seluruh Malaysia lepas ni. Dah dua kali aku sebut nama dorang. 

Korang tengok menu yang ada tertampal dekat dinding kedai dan ditulis dengan marker itu. ‘MAGGI GORENG’.

Walaupun korang rasa tak berbaloi untuk makan Maggi dekat luar, tetapi memandangkan korang dah lapar gila sehingga tak dapat berfikir apa-apa lagi, korang pun order lah. Mamak tu pun memasak lah pesanan korang dengan penuh bergaya. Tapi dorang tak guna pun mi segera jenama Maggi. Tapi dorang guna Mee Betul-Betul Ho Liao tu. Korang tak kisah pun. Pakai makan je.

Kalau aku, aku saman je mamak tu. Bagi makanan tak sama apa yang tertera di Menu. Agak-agak kalau bawak kes ni ke mahkamah aku menang tak? Hmm..

Apa-apa pun, ni membuktikan, kita dah guna nama Maggi untuk menggantikan perkataan Mi Segera. Tak kisah la mi segera tu jenama apa sekalipun, kita tetap panggil Maggi. 

Perkara di atas yang aku bebelkan tu cuma intro je. Pokok pangkalnya di sini aku nak cerita pasal aku dengan Milo. Maggi tu cuma watak sampingan entry ni aje. 

Aku bukan peminat tegar Milo. Atau korang tak faham apa maksudnya, aku bukan kipas susah mati Milo. Tak faham lagi? Ok. Ok. I’m not a diehard fan of Milo. Kalau tak faham lagi, hantuk kepala korang dekat meja. Tak ada guna dah korang hidup. 

Aku boleh minum Milo. Tapi dalam keadaan yang tertentu je. Walau korang tak tanya keadaan mana yang aku tak boleh minum, aku tetap nak cerita. 

Aku memang tak boleh minum Milo pagi-pagi. Kalau time perut kosong tak makan apa-apa, ok lagi. Tapi bila lepas makan Mee Goreng mak aku masak, aku minum Milo aku akan termuntah. Aku tak salahkan Mee Goreng tu, sebab tu mak aku yang masak. Aku akan salahkan Milo tu walau tu pun mak aku yang buat. 

Lepas aku muntah dengan dahsyatnya akibat minum Milo, aku pun dah serik makan Mee Goreng time breakfast. Aku jadi teringat muntah-muntah aku yang berwarna coklat dan mengandungi tali-tali yang berselirat umpama cacing gelang. Itulah mee.

Bila fikir-fikir balik,  kesian pulak Mak aku. Masak penat-penat tapi aku tak makan. So, demi mengurangkan rasa bersalah aku terhadap mak aku, tiap-tiap malam aku akan tanya mak aku. Malam Jumaat tu, aku tanya mak aku lagi macam biasa,

“Mak masak apa pagi besok?”soalku sambil memandang wajah mak.
Mak memandangku kembali sambil tersenyum.
“Mak masak mee goreng.” Aku sekadar mengangguk. Dalam hatiku, aku berasa pilu, sebak, pedih dan hiba. Sanggupkah aku mematahkan hati seorang ibu lagi.  

Aku taknak kecewakan mak aku lagi bila aku menolak hidangan mee goreng tu. Jadi aku merancang akan bangun lambat. Dalam pukul 12 hingga 1 tengah hari baru aku bangun. Bila bangun tu, perut aku dah berbunyi. Sebab lapar. Jadi aku bukak tudung saji, lalu menjamah Mee Goreng itu dengan rakusnya. Aku dah tak fikir pasal muntah hari tu dah. 

Mak yang sedang masak makan tengah hari di dapur tersenyum melihat aku. Mungkin dia bahagia melihat aku menjamah makanannya. Aku yang melihatnya tersenyum jadi gembira. Hati aku dah berkata-kata. Lepas ni aku akan sentiasa bangun pukul 12 dan ke atas.  

Tuesday, January 11, 2011

Tauge yang Hampir Membawa Maut

Assalamualaikum.   
          
Kalau korang korang dan korang semua nak tahu, aku ni jenis makan lambat. Kalau kat restoran, even makanan yang aku order sampai paling awal pun, aku tetap jadi orang yang paling last habis makan. Boleh berjanggut jugak lah orang kalau tunggu aku makan. Yelah, bagi aku kalau makan cepat-cepat tak rasa nikmat kesedapan makanan tu. Tapi tapi, aku jugak boleh jadi orang yang makan cepat kalau keadaan memaksa. Ecehh.

Kisah ni berlaku waktu aku Darjah 6 kalau tak silap. Aku ingat lagi masa tu kawan aku ajak pergi rumah dia lepas balik sekolah, konon nak main sama-sama lah kan. Aku yang terlebih excited ni pun dengan lajunya pulang ke rumah, letak beg, dan makan. Kalau masa sekolah rendah dulu, memang aku akan terkam makanan dulu lepas balik sekolah. Takde nak mandi dulu dah, memang kebulur gila kot. Maklumlah, time rehat pun aku makan keropok je. So, korang tau je lah kan kalau dah excited sangat tu, buat kerja pun semua nak cepat. Dengan ini, aku yang jenis makan lambat ni pun terus bertukar menjadi seorang yang makan cepat. 

Tengah hari tu, mak aku malas nak masak. Jadi, dia belikan je nasik bungkus untuk aku. Lauknya ayam goreng and sayur tauge tu lah. Tauge tu bukan yang jenis kepala kecik yang bercambah dari kacang hijau tu, tapi ni yang kepala besar punya, aku pun taktau lah bercambah dari kacang apa. Kuat kan ingatan aku ? Kisah lama pun boleh ingat :P

Okay, okay kita sambung. Dalam keadaan yang sangat lapar, maka aku dengan lahapnya menyuap nasik ke dalam mulut. Mmm, sedap. Maklumlah kebulur kan, makan makanan yang tak sedap pun boleh jadi sedap. Oleh kerana rasa tidak sabar-sabar untuk pergi ke rumah kawan aku tu, aku pun makan dengan gelojoh sekali. Tiba-tiba aku merasakan sesuatu telah tersekat di kerongkongku ini. Aku telah cuba menelan-nelan-nelan dan nelan benda tu tetapi malangnya gagal. Aku pun cubalah korek guna tangan. Oh, sila jangan rasa geli. Macam lah korang tak pernah buat kan ? Korek gigi tu apa ? 

Okay, okay. Rasa punya rasa dengan tangan, aku dapat tahulah tu tauge yang kepala besar tu. Mujur lah tak terlekat sekali dengan kepala dia tu, kalau tak lagi naya aku. Aku pun memang selalu buang siap-siap dia punya kepala sebelum makan. Tak suka, tak suka. Rasa dia pelik. Lepas aku tak berjaya jugak nak keluarkan tu, aku pun jerit panggil mak aku. MAK!!!! TOLONG!!! Lebih kurang macam tu lah jeritan aku. Mak aku pun yang dari tingkat atas terus berlari mendapatkan aku yang berada di tingkat bawah. Jangan main-main, berlari tu weh.

Mak aku pun tanya, 

“Kenapa ni ?”
“Mak, rasa macam ada tauge tersekat la kat tekak ni. Dah cuba telan tapi tak boleh.”

Muka aku pun macam dah nak nangis dah time tu. Yelah siapa tak takut kan ? Buatnya sampai bila-bila tauge tu tersekat dalam tekak aku ni, tak ke naya. Mau berkulat dia, takpe, aku boleh bagi bakteria dalam mulut aku ni makan kan ? Pemurah kan aku ? Ehem. Okay lepas tu pun mak aku suruh korek guna tangan macam yang aku dah buat sebelum tu. Aku pun koreklah lagi sekali tapi agak takut-takut lah, buatnya tertarik keluar sekali ngan anak tekak aku ni, tak bertekak lah aku jawabnya. Malangnya, cara ni memang tak berhasil pun. Memang tauge tu dah seronok kot bermastautin dalam tekak aku ni. 

Mak aku pun yang dalam keadaan cemas tu terus ajak aku pergi klinik untuk keluarkan tauge tu. Aku macam ergh takkan lah tercekik tauge sampai nak pergi klinik ? Malu lah, mak. Tapi apakan daya, demi mengeluarkan tauge tu, aku pun ikut jelah mak aku. Tapi, sebelum tu aku call dulu kawan aku, nak cakap aku datang rumah dia lambat sikit sebab tercekik tauge. Huahua aku tak boleh nak bayangkan reaksi dia bila dengar aku cakap macam tu. 

Sampai kat klinik, macam biasalah kena tunggu dulu baru boleh dapat jumpa doktor. Aku yang dalam keadaan berdebar ni pun menanti lah dengan penuh kesabaran. Lepas berapa minit tunggu, barulah nama aku kena panggil. Masuk-masuk je dalam bilik doktor tu, dia pun tanya, ye kenapa ? Aku memang dah tak boleh nak cakap apa-apa maka mak aku lah yang tolong cakap kat doctor tu yang aku ni dah tercekik tauge. Mujur lah doctor tu tak bantai gelakkan aku. Tak pernah dibuat orang kot orang pergi klinik sebab tercekik tauge. Kalau tak, ada aku saman dia, sebab gelakkan pesakit. Ehem, aku seorang pesakit ya. 

So, doctor tu pun suruh aku nganga mulut. Aku ni boleh lagi tersipu-sipu malu nak nganga tapi aku gagahkan juga untuk mengangakan mulut aku. Kat tangan dia macam ada pengepit like forcep gitu lah. Yelah untuk kepit tauge kat tekak aku tu, takkan dia nak guna tangan kot. Maka dengan tabahnya dia pun cuba lah untuk keluarkan tauge tu. Berapa kali dah cuba tapi memang tak berjaya jugak. Degil betul. Lepas tu, dia cakap kat mak aku, aku ni kena pergi hospital je lah, sebab kat hospital ada penyepit yang halus sikit. So lagi senang nak keluarkan tauge tu. Aku pun dah sangat cuak time tu. Yelah aku memang takut sikit bab-bab hospital ni. Aku pun segera mengatakan TAKNAK!!! Mak aku macam pujuk jugak lah aku time tu. Tapi tapi, doctor tu kata takpe, kita cuba sekali lagi. Kalau tak boleh jugak kena pergi hospital lah kot T_T 

Dengan ini aku dengan bangganya berkata cubaan itu berjaya. Hoho macam nak melompat jugak lah aku time tu. Tapi cover lah weh, nanti hilang kemachoan dan kecantikan aku ni. So, aku pun dapat lah tengok tauge gedik yang lekat dalam tekak aku tu. Ergh geli. Doktor tu siap lukis lagi gambar tauge tu. Semangat betul. Kalau boleh nak je aku bawak balik gambar yang dia lukis tu, boleh framekan sebagai kenangan aku tercekik tauge.

Lepas dah siap segala urusan mengeluarkan tauge dari mulut aku tu, aku dan mak aku pun terus pulang ke rumah. Aku teringatkan janji aku dengan kawan aku nak pergi rumah dia. Lalu, tanpa berlengah aku pun mintak mak aku yang hantarkan. Sampai je kat rumah dia, mak kawan aku tu tanya, kenapa ? Aku pun dengan segan-segan cakap lah yang aku tercekik tauge. Makan cepat sangat. Mak dia pun macam marah gitu kat kawan aku tu sebab suruh aku cepat-cepat datang rumah dia. HAHA salah aku sebenarnya. Gelojoh sangat. Dulu, ke main sopan-santun lagi makan. So, sampai ke hari ni la aku dah tak sentuh lagi tauge spesies tu. Jeling pun tak dah. Sekali kena, taknak dah aku cari pasal lagi.

Sekian.